BAHAN ILMIAH

10 Wasiat Imam Syafie

SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat 

berwasiat kepada para muridnya dan umat Islam seluruhnya.
 Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:

"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan

 selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."

PERTAMA: HAK KEPADA DIRI 
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan

 percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal,

 mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat
 persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

KETIGA : HAK KEPADA KUBUR
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang 
tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud
 dan membantu orang yang dizalimi.

KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat

 dan nasihat menasihati.

KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN

                   AMAL PADA HARI KIAMAT) 
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan 
amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI 

                     NERAKA PADA HARI AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka 
membantu orang beriman dan suka berjemaah.

KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik

 kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta 
sembunyi dan memperelok akhlak.

KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN

                      (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala,

 bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI S.A.W
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat,

 bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat,
 dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia 

dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

No comments:

Post a Comment