Wednesday 24 October 2012

CARA MUDAH MENCARI MUKA SURAT SETIAP AWAL JUZUK DALAM QURAN

Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kpd kita semua umatnya. Ada 2 benda yg Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah utk kita semua amalkan. Berapa kali korang baca Al-Quran sehari? 1 kali? 2 kali atau dalam solat sahaja? Pahala paling senang nk dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al_Quran adalah kalam Allah (dtg daripada Allah sendiri bukan diciptakan manusia)Tip yg nk kongsikan ni adalah cara utk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tau muka surat setiap juzuk Al-Quran.

 Jom sama2 kita belajar...



Contoh 1

Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8Letakkan no 2 selepas jawapan.Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?

Contoh 2
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18Letakkan no 2 selepas jawapan.Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182

Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44Letakkan no 2 selepas jawapan.Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442

sumber

No comments:

Post a Comment